Thursday 18 September 2014

Status Hadis Syurga Bagi Sesiapa Bermimpi Jumpa Nabi Sallallah alaih Wasallam


Saya ditanya oleh beberapa rakan-rakan di FB berkaitan kenyataan ini. Mereka ingin tahu adakah ia hadis atau bukan dan jika ia hadis adakah ia sahih. Kenyataan ini tersebar di internet dan disandarkan kepada seorang ustaz selebriti yang masyhur. Saya tidak pasti samada adakah benar ia kenyataan ustaz tersebut atau tidak. Saya cuma ingin menyatakan status hadis ini semata kerana ia adalah amanah penuntut ilmu hadis.

Sebenarnya hadis ini diriwayatkan dari 2 jalur. Berikut keterangannya:

1. Jalur Pertama:

محمد بن مصفى ثنا يحيى بن سعيد عن سعيد بن ميسرة عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم من رآني في المنام فإنه لا يدخل النار

Hadis ini riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh al-Dimasyq dan al-Dailami. Riwayat ini TERLALU DAIF kerana:

1. Perawi bernama Said bin Maisarah. Beliau terlalu daif bahkan banyak meriwayatkan hadis munkar. Berikut komentar ulama hadis terhadap beliau:

- Yahya al-Qattan menganggap beliau pendusta.
- Kata al-Bukhari: Beliau mendengar dari Anas, beliau munkar al-hadith. 
- Kata Abu Hatim: Munkar al-Hadith, daif, beliau meriwayatkan dari Anas hadis-hadis munkar. 
- Kata Ibn Hibban: Dikatakan beliau tidak pernah berjumpa Anas dan beliau meriwayatkan dari Anas hadis-hadis palsu yang tidak menyerupai hadis Anas seolah-olah beliau meriwayatkan dari Anas dari Nabi sallallah alaih wasallam apa yang beliau dengar dari penglipurlara bercerita dalam cerita mereka.

(Lihat: al-Bukhari, al-Dhuafa' al-Saghir, hlm. 51, hlm. 516, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 4, hlm. 63, Ibn Hibban, al-Majruhin, jld. 1, hlm. 353, Ibn Adiyy, al-Kamil, jld. 3, hlm. 387, al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 2, hlm. 160)

2. Yahya bin Said al-Attar. Beliau juga daif di sisi majoriti ulama hadis semisal Yahya bin Maien, al-Uqaili, Ibn Khuzaimah, Ibn Adiyy, Ibn Hibban dan al-Daraqutni) 

Oleh itu, hadis ini dinilai oleh Ibn Adiyy sebagai tidak terpelihara (munkar). (Lihat: Ibn Adiyy, al-Kamil, jld. 3, hlm. 387)

2. Jalur kedua

وحدثنا أبو بكر بن محمد بن أحمد بن محمد الأصفهاني بمكة حرسها الله تعالى في المسجد الحرام قال حدثنا أبو الحسن محمد بن سهل عن محمد بن المصفى عن بكر بن سعيد عن سعيد بن قيس عن أبيه قال: قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لن يدخل النار من رآني في المنام

3. Jalur ketiga

وأخبرنا أبو الحسن عبد الوهاب بن الحسن الكلابي بدمشق قال حدثني أبو أيوب سليمان بن محمد الخزاعي عن محمد بن المصفى الحمصي عن يحيى بن سعيد القطان عن سعيد بن مسلم عن أنس بن مالك أن النبي صلى الله عليه و سلم قال من رآني في المنام فلن يدخل النار 

Kedua-dua riwayat ini adalah riwayat pengarang kitab Tafsir al-Ahlam. (jld. 1, hlm 57). Setelah saya meneliti kedua-dua riwayat saya dapati bahawa riwayat ini tidak pernah disebut oleh ulama hadis mutaqaddimin dan mutaakhirin. Ibn Adiyy sebagai contoh tidak menyebut hadis ini mempunyai jalur lain selain dari jalur pertama, Begitu juga al-Zahabi dalam Mizan al-I'tidal dan al-Muttaqi al-Hindi dan Kanz al-'Ummal tidak menyebut jalur lain untuk hadis ini selain dari jalur pertama.

Panel fatwa islamweb berpendapat bahawa berlaku tashif dalam sanad jalur kedua dan ketiga. Jalur yang sebenarnya adalah jalur pertama. Manakala jalur kedua dan ketiga adalah kesilapan (tashif) ketika menukil nama-nama perawi. (Lihat: http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=15816)

Saya bersetuju dengan pandangan ini kerana beberapa perkara berikut:

1. Semua jalur ini bertemu pada perawi yang bernama Muhammad bin Musoffa. Beliau pula tidak mempunyai guru yang bernama Bakar bin Said.

2. Bentuk perkataan Bakar dan Yahya dalam tulisan arab amat hampir.

3. Bentuk perkataan al-'Attar dan al-Qattan dalam tulisan arab juga sangat hampir.

4. Bentuk perkataan Maisarah dan Muslim dalam tulisan arab juga lebih kurang sama.

Ini petunjuk yang menunjukkan berlaku tashif dalam sanad jalur kedua dan ketiga.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa mimpi bertemu Nabi sallallah alaih wasallam merupakan satu anugerah dari Allah yang amat berharga. Cuma kelebihan syurga bagi orang yang bermimpi tidak ada dalil yang sahih setakat kajian saya. Juga saya ingin berpesan kepada ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru, janganlah terlalu banyak bercerita bab mimpi kerana kita ingin membangunkan umat bukan menggalakkan mereka banyak tidur. Berpadalah. Wallahua'lam.

Monday 15 September 2014

Status Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari-hari Tertentu

Gambar Hiasan


Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang hadis yang menyatakan kelebihan memotong kuku pada hari-hari tertentu. Bahkan ramai juga yang bertanya saya tentang statusnya. Berdasarkan kajian saya maka dapat rumuskan bhawa hadis berkaitan isu ini diriwayatkan dari beberapa jalur berikut:

1. Jalur Abu Hurairah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari 2 jalur:

- Jalur pertama dengan lafaz:

 " من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ودخل فيه الشفاء، ومن قلم أظفاره يوم الاحد خرجت منه الفاقة
ودخل فيه الغنى، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء خرج منه البرص ودخل فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الاربعاء خرج الوسواس والخوف ودخل فيه الامن والصحة، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخلت فيه الرحمة وخرج منه الذنوب ".

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penawar. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Ahad maka akan keluar darinya kemiskinan dan masuk ke dalamnya kekayaan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Isnin maka akan keluar darinya kecacatan dan masuk ke dalamnya kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Selasa maka kan keluar darinya penyakit sopak dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Rabu akan keluar darinya penyakit waswas dan ketakutan dan akan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Khamis akan keluar darinnya penyakit kusta dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka akan masuk ke dalamnya rahmat dan keluar darinya dosa-dosa.

Hadis ini PALSU. Berikut komentar ulama hadis terhadapnya:

Kata Ibn al-Jauzi:

هذا حديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو من أفبح الموضوعات

Maksudnya: Hadis ini palsu ke atas Nabi sallallah alaih wasallam. Dan ia antara seburuk-buruk hadis palsu. (Rujuk: al-Maudhu'at, jld. 3, hlm. 53)

Kata al-Syaukani:

هو موضوع في إسناده وضاعان ومجاهيل فقبح الله الكذابين وقبح ألفاظهم الساقطة وكلماتهم الركيكة

Maksudnya: Hadis ini palsu. Pada sanadnya terdapat dua orang pendusta (iaitu Abu 'Ismah Nuh bin Abi Maryam dan Hannad). Semoga Allah memburukkan golongan pendusta dan memburukkan lafaz-lafaz mereka yang gugur dan kalimah-kalimah mereka yang jelek. (Rujuk: al-Fawaid al-Majmu'ah, hlm. 197)

- Jalur kedua dengan lafaz:

كان يقلم أظفاره، ويقص شاربه قبل أن يخرج إلى الجمعة.

Maksudnya: (Nabi sallallah alaih wasallam) memotong kuku dan memotong misainya sebelum keluar solat Jumaat.

Hadis ini daif kerana terdapat perawi yang bernama Ibrahim bin َQudamah al-Jumahi. Beliau tidak dikenali. Maka al-Bazzar dan Ibn Hajar menghukumnya daif. (Rujuk: al-Bazzar, al-Bahr al-Zakkhar, jld. 2, hlm. 424, Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 10, hlm. 346)

2. Jalur Ibn Abbas:

طلحة بن عمرو عن عطاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة أخرج الله منه كل داء وأدخل مكانه الشفاء والرحمة.

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka Allah akan mengeluarkan darinya semua penyakit dan memasukkan di tempat (penyakit itu) penawar dan rahmat.

Hadis ini terlalu lemah kerana terdapat perawi bernama Talhah bin 'Amr. Beliau dinilai matruk (terlalu daif sehingga riwayatnya ditinggalkan) oleh Ibn Hajar. (rujuk: Taqrib al-Tahzib, jld. 2, hlm. 283)

3. Jalur Aisyah:

حدثنا عبد الرحمن بن سلم قال حدثنا أحمد بن ثابت فرخويه الرازى قال حدثنا العلاء بن هلال الرقي قال حدثنا يزيد بن زريع عن ايوب عن بن ابي مليكة عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه و سلم من قلم اظفاره يوم الجمعة وقى من السوء إلى مثلها

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka dia dilindungi dari keburukan sehingga Jumaat berikutnya.

Hadis ini palsu kerana terdapat perawi pendusta yang bernama Ahmad bin Tsabit Farkhuyah. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 2, hlm. 44, al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hlm. 86)

4. Jalur Ibn Mas'ud:

Diriwayatkan dari Ibn Mas'ud melalui 2 jalur:

- Jalur al-Salih bin Bayan dari al-Mas'udi Ibn Hamid al-Himyari dari ayahnya dari Abdullah bin Mas'ud:

من قص اظفاره واحدّ من شاربه كل يوم جمعة ادخل الله فيه شفاء وأخرج منه داء


Maksudnya: Dikatakan sesiapa yang memotong kukunya dan menipiskan misainya pada setiap hari Jumaat maka Allah akan memasukkan ke dalamnya penawar dan mengeluarkan darinya penyakit.

Hadis ini terlalu daif kerana terdapat perawi yang bernama ٍSalih bin Bayan. Beliau perawi matruk (yang ditinggalkan riwayatnya) dan beliau bersendiri dalam riwayat ini. Oleh itu, al-Daraqutni menghukumnya sebagai terlalu daif. (Rujuk: Ibn al-Jauzi, al-'Ilal al-Mutanahiah, jld. 1, hlm. 461)

- Jalur Ali bin Asim dari al-Mas'udi dari Ibn Hamid al-Himyari dari ayahnya:

حدثنا محمد بن أحمد المروزي ، نا عاصم بن علي ، نا المسعودي ، عن ابن حميد الحميري ، عن أبيه ؛ قال: كان يقال : من قلم أظفاره يوم الجمعة ، أخرج الله تعالى منه داء وأدخل فيه شفاء

Maksudnya: Dikatakan sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka Allah akan mengeluarkan darinya penyakit dan memasukkan ke dalamnya penawar.

Riwayat ini daif kerana beberapa sebab:

i. Riwayat ini mursal kerana Hamid al-Himyari bukanlah sahabat. Beliau juga tidak menyandarkan lafaz ini kepada Nabi sallallah alaih wasallam maka ia bukanlah hujah.

ii. Terdapat perawi yang bernama al-Mas'udi. Beliau dihukum sebagai perawi yang nyanyuk di akhir hayatnya. Asim bin Ali pula sememangnya mendengar hadis dari al-Mas'udi selepas beliau ditimpa penyakit nyanyuk. (Rujuk: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 748)

5. Jalur Abu Jaafar al-Baqir

al-Baihaqi meriwayatkan dari jalur Abu Jaafar dengan lafaz:

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يستحب أن يأخذ من شاربه وأظفاره يوم الجمعة

Maksudnya: Nabi sallallah alaih wasallam suka memotong misainya dan kukunya pada hari Jumaat.

Hadis ini daif kerana ia mursal (sanadnya terputus). (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 10, hlm. 346)

Kesimpulan

Maka jelas di sini tiada satu hadis pun yang sahih berkaitan kelebihan memotong kuku pada hari-hri tertentu. Fadhilat memotong pada hari tertentu itu tidak sahih dari mana-mana hadis. Kata al-Sakhawi:

لم يثبت في كيفيته، ولا في تعيين يوم له، عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: Tidak sahih (dalam bab memotong kuku) satu hadis pun dari nabi sallallah alaih wasallam pada kaifiat (memotongnya) dan juga pada menentukan hari (memotongnya) (Rujuk: al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)

Namun, perbuatan memotong kuku ini adalah perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam. Potonglah kuku kerana Islam sentiasa menganjurkan kebersihan tambahan pula pada hari Jumaat orang Muslim berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Oleh itu, sebahagian sahabat Nabi sallallah alaih wasallam dan sebahagian tabiin memotong kuku mereka pada hari Jumaat. (Rujuk: Ibn Rajab al-Hanbali, Fath al-Bari, jld. 8, hlm. 104)  Wallahu'alam

Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
2.22 petang
15 September 2014

Thursday 11 September 2014

Status Hadis Memberi Hutang Lebih Afdal Dari Bersedekah

Terlalu ramai yang bertanya saya tentang hadis ini:

"Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.”

Saya katakan:

1. Hadis ini terlalu daif kerana sebab-sebab berikut:

i. Terdapat seorang perawi bernama Khalid bin Yazid bin Abi Malik. Beliau dituduh sebagai pendusta oleh Yahya bin Maien. al-Nasaie menyatakan beliau tidak tsiqah (tidak boleh dipercayai). Manakala Imam Ahmad berkata: Tiada nilai.

ii. Manakala ayah kepada Khalid iaitu Yazid bin Abi Malik pula daif kerana lemah ingatannya.

Oleh itu beberapa ulama hadis semisal Ibn al-Jauzi dan al-'Iraqi menilai hadis ini tidak sahih bahkan terlalu daif. (Rujuk: Ibn al-Jauzi, al-'Ilal al-Mutanahiah, jld. 2, hlm. 602, al-'Iraqi, al-Mughni 'an Haml al-Asfar, jld.1 hlm. 427)

2. Terdapat satu lagi riwayat yang hampir sama maknanya dengan hadis ini. Ia diriwayatkan dari jalur Abu Umamah dengan lafaz:

دخل رجل الجنة، فرأى على بابها مكتوبا: الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر

Maksudnya: Seorang lelaki masuk ke dalam syurga dan mendapati ditulis di pintunya: (Pahala) sedekah diganda 10 manakala (pahala) memberi pinjaman digandakan 18 kali.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Qasim bin Abdul Rahman al-Dimasyqi dari Abu Umamah melalui 3 jalur:

i. Jalur pertama: Riwayat Ismail bin 'Ayyash dari 'Utbah bin Humaid dari al-Qasim. Jalur ini daif kerana:

- 'Utbah daif. Beliau dinilai daif oleh Imam Ahmad. Abu Hatim menilainya sebagai Salih al-Hadis. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 6, hlm. 370) Tetapi ia bukanlah bermakna Abu Hatim menyatakan ia tsiqah kerana perkataan Salih al-Hadith di sisi Abu Hatim biasanya bermaksud perawi yang hadisnya tidak menjadi hujah (daif) cuma hadisnya ditulis dan boleh dinaiktarafkan dengan mutabaat (sokongan). (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 2, hlm. 37)

- Ismail bin 'Ayyash yang meriwayatkan hadis ini dari 'Utbah juga daif kerana beliau daif jika meriwayatkan hadis dari guru yang bukan berasal dari negeri Syam. Dan 'Utbah berasal dari Basrah, Iraq bukan dari Syam. (Lihat: Ibn Rajab, Syarah "ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 773)

Walaupun al-Albani menilai hadis ini sebagai hasan kerana Ibn Hibban menyebutnya dalam kitab al-Tsiqat tetapi saya berpendapat hadis ini daif ringan kerana Imam Ahmad mendaifkan 'Utbah. Manakala pandangan Ibn Hibban sudah diketahui umum bahawa jika beliau semata menyebut nama perawi dalam kitab al-Tsiqat tanpa menyebut tsiqah secara jelas maka Ibn Hibban dikira sebagai bermudah-mudah dalam menilai tsiqah perawi. Maka pandangan Imam Ahmad lebih wajar untuk dipilih. Syeikhuna Syuaib al-Arnaut juga menilai hadis ini daif ketika mentahqiq Sunan Ibn Majah. Wallahua'lam

ii. Jalur kedua: Riwayat Maslamah bin Ali dari Yahya al-Zimari dari al-Qasim. Jalur ini terlalu daif kerana Maslamah ini terlalu daif. (Rujuk: Ibn al-Jauzi, al-'Ilal al-Mutanahiah, jld. 2, hlm. 601-602)

iii. Jalur ketiga: Riwayat Jaafar bin al-Zubair al-Hanafi dari al-Qasim. Riwayat ini juga terlalu daif kerana Jaafar dinilai matruk (perawi yang ditinggalkan hadisnya kerana terlalu daif) oleh Abu Hatim, Abu Zur'ah, al-Nasaie, al-Daraqutni dan ramai lagi. (Rujuk: Ibn Hajar, Tahzib al-Tahzib, jld. 7, hlm. 54-55)

Maka semua jalur hadis ini tidak sahih walaupun satu. Moga bermanfaat.

Tuesday 9 September 2014

Jawapan Kepada Shufiyyah al-Nuriyyah -Bahagian 4

Saya telah pun membaca jawapan balas saudari Shufiyyah al-Nuriyyah kepada artikel ke 4 saya. Setelah membaca artikel ke 4 ini saya menjadi teramat kecewa kerana tiada apa perkara baru yang beliau masukkan dalam artikel ini melainkan ulangan semata kepada artikel-artikel beliau sebelum ini. Jika ada maklumat yang baru pun, ia tiada kaitan langsung dengan fokus perbincangan saya dan beliau dalam isu jeliran lidah ini. Saya akan jawab semula artikel beliau ini memandangkan artikel beliau tidaklah begitu sarat dengan bukti kukuh. Sesiapa yang mahir ilmu ilal hadis berkemungkinan akan ketawa melihat mimik tulisan saudari Shufiyyah kerana bersungguh-sungguh memutar belitkan status umum seorang perawi soduq untuk membenarkan kesilapan yang beliau lakukan dalam riwayat berdasarkan bukti dan petunjuk yang kuat.

Berikut adalah jawapan balas saya kepada artikel terbaru beliau:

1. Kata Shufiyyah:

Penjelasan Ibn Rajab al-Hanbali tentang Muhammad bin ‘amr terlalu singkat dan ringkas, perlu adanya istiqra jarh dan ta’dil dari para ulama hadits lainnya. Dan saya telah sebutkan pada artikel sebelumnya, tidak sedikit para ulama jarh yang menta’dilnya secara muthlaq, bahkan Yahya bin Ma’in sendiri pun dalam riwayat yang lain mentautsiqnya. Kesimpulannya Muhammad bin ‘Amr ini shaduq, akan tetapi hafalannya sedikit kacau. Namun beliau tidak diikutkan dalam derajat perawi lemah (dhu’afaa). Beliau tengah-tengah antara perawi sahih dan perawi lemah. Dan perawi yang memilik status Shaduuq lahu awhaam, oleh para ulama hadits disepakati sebagai ihtijaj bukan istisyhad.

Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan :

رواية الصدوق الذي لم يوصف بتمام الضبط والاتقان وهذا هو الحسن لذاته
“ Periwayatan perawi shaduq yang tidak disifati dengan dhabth dan itqan yang sempurna, maka haditsnya adalah hasan lidzaatih “.[1]

Bahkan ketika beliau mentakhrij dalam hadits—hadits yang ada di Misykah, ketika mengomentari Muhamamd bin ‘Amr, beliau mengatakan :

صدوق في حفظه شئ وحديثه في مرتبة الحسن لا ينحط الى الضعف
“ Ia Shaduq, di dalam hafalannya ada sedikit kekacauan dan haditsnya dalam martabat hasan yang tidak sampai dhaif “.

Saya jawab:

i. Ini adalah kenyataan berulang-ulang saudari Shufiyyah kepada saya dalam artikel-artikel sebelum ini dan saya tidak pasti sampai bila ia akan diulang. Ia bukan perkara baru. Saudari Shufiyyah seolah-olah mahu mempengaruhi pembaca bahawa saya menyalahi pandangan majoriti ulama yang menganggap Muhammad bin 'Amr sebagai soduq lahu awham (yang mempunyai kesilapan). 

ii. Pembaca yang teliti akan tahu bahawa cubaan saudari tidak berjaya. Tidakkah saudari tahu bahawa saya tidak pernah MENGHUKUM DAIF SEMUA RIWAYAT MUHAMMAD BIN 'AMR? Saya hanya menilai daif riwayat ini kerana jalur yang sahih bagi riwayat ini adalah mursal. Riwayat mausul Muhammad bin 'Amr adalah kesilapan beliau yang dibuktikan oleh bukti dan petunjuk selari dengan kalam Imam Ahmad dan kalam Yahya bin Maien dalam isu ini.

iii. Saudari Shufiyyah seboleh-boleh menukilkan kalam ulama yang menyatakan riwayat perawi soduq sebagai hasan. Saya tidak membantah pernyataan ini bahkan saya mengakuinya. Tetapi ia bukan secara mutlak seperti mana riwayat tsiqah tidak tidak disahihkan secara mutlak. Mana-mana riwayat tsiqah atau soduq yang terbukti dengan petunjuk dan bukti bahawa ia silap maka ia akan dihukum ma'lul atau mu'all (cacat). Rujuklah kitab 'Ilal al-Daraqutni dan Ilal Ibn Abi Hatim untuk lihat berapa banyak riwayat Muhammad bin 'Amr yang dihukum daif kerana berlaku kesilapan dalam riwayatnya. Saya sudah bawakan contohnya sebelum ini. Cuma saya tidak pasti mengapa begitu susah bagi anda untuk memahaminya. Adakah kerana anda sengaja buat-buat tidak faham atau ilmu 'ilal hadith ini terlalu besar untuk otak anda yang mungkin sedikit kecil. 

iv. Ya benar, sememangnya kita perlu melakukan istiqra (penelitian menyeluruh) terhadap riwayat-riwayat Muhammad bin 'Amr. Bukankah saya sudah memberi contoh riwayat Muhammad bin 'Amr yang ulama hadis daifkan? Adakah ia bukan penelitian menyeluruh dari ulama ilal hadith? Ataupun anda menganggap ulama semisal Abu Hatim, Abu Zur'ah dan al-Daraqutni adalah pelajar baru hadis yang hanya mahir berslogan tajdid?

v. Proses "Penelitian menyeluruh" pada saya bukan hanya sekadar teori penyedap artikel. Ia mesti berbukti. Itu beza saya dan anda. Saya membawa bukti dari ulama 'ilal ketika mendaifkan riwayat Muhammad bin Amr yang bercanggah. Manakala anda pula apabila bertemu kalam yang tidak menyokong pandangan anda seperti kalam imam Ahmad dan Yahya bin Maien maka anda tinggalkan begitu sahaja. Sehingga sekarang saya belum pernah baca ulasan anda terhadap kalam imam Ahmad. Ataupun Imam Ahmad juga pelajar baru di bidang hadis bagi anda?

2. Shufiyyah berkata lagi:
Oleh para ulama Ushul perawi semacam ini bisa diterima dan sifat ke-irsalannya tidak merusak haditsnya bahkan oleh imam Nawawi ini dikatakan sebagai pendapat jumhur ulama :

Bahkan imam an-Nawawi mengatakan :

إذا روي الحديث موصولا ومرسلا ، فالحكم للاتصال عند جمهور العلماء لأنها زيادة ثقة ، وهي مقبولة عند الجماهير
“ Jika suatu hadits diriwayatkan secara maushul dan mursal, maka hukumnya (ditetapkan) yang maushul menurut pendapat mayoritas ulama, kerana ia merupakan tambahan tsiqah, dan ini diterima menurut mayoritas ulama “.[2]

AL-Khaththabi juga mengatakan hal yang sama :
وهو الذي يقبله أكثر العلماء ويستعمله عامة الفقهاء
“ Inilah yang diterima oleh banyak ulama dan digunakan pada umumnya ahli fiqih “.

Saya jawab:

i. Saya letih dengan ulangan semacam ini. Sudah berapa bukti yang saya tunjukkan bahawa ulama hadis tidak meletakkan hukum umum untuk menerima hadis mausul apabila berlaku percanggahan antara mursal dan mausul dalam satu riwayat. Sebaliknya mereka melihat kepada bukti dan petunjuk. Demikianlah yang disebut oleh Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar, al-Sakhawi, al-'Alaie dan ramai lagi. Apakah anda tidak pernah membuat rujukan kitab-kitab 'ilal semisal kitab al-'Ilal al-Kabir karya al-Tirmizi, 'Ilal Ibn Abi Hatim, 'Ilal al-Daraqutni dan seumpamanya sebelum membuat kesimpulan? Begitu mudah anda benarkan diri anda digelar sebagai penyelidik (ilmu hadith) tanpa membaca kitab-kitab penting sebegini atau memahaminya dengan baik? 

ii. Manakala kandungan kalam imam al-Nawawi itu dikiritik oleh ulama hadis yang datang kemudian daripadanya semisal Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar, al-Sakhawi, al-'Alaie.

3. Shufiyyah berkata lagi:

Apatah lagi hadits Muhammad bin ‘Amr ini memiliki syawahid yang serupa dan semakna dengannya. Meskipun berbeza dalam lafadz, namun ia seruapa dan semakna yang menguatkan bahwa Nabi bergurau (bercanda) dengan budak kecil dengan cara mencium ataupun menjelirkan lidahnya, sama ada kepada Hasan ataupun Husain, semuanya berlaku. Maka menurut saya, hadits menjelirkan lidah ini hasan li ghairihi kerana ia dikuatkan dengan riwayat dari imam Bukhari yang semakna meskipun berbeda dalam lafadznya.

Saya jawab:

i. Berbeza dalam lafaz tetapi semakna? Ini ajaib. Bagaimana menjelirkan lidah semakna dengan mencium? Bagaimana satu riwayat menyebut menjelirkan lidah kepada Hasan tanpa menyebut Husain semakna dengan riwayat yang menyebut menjelirkan lidah kepada Husain tanpa menyebut Hasan? 

ii. Semuanya berlaku? Anda perlu bukti untuk ini kerana saya juga bisa saja mengatakan ia juga tidak mustahil untuk tidak berlaku.

4. Shufiyyah meneruskan perbincangan:

Kamu tidak profesional dalam menilai Ibn Hibban dan al-Hakim, seolah Ibnu Hibban jarh dan ta’dilnya patut ditolak secara muthaq. Imam al-Laknawi menepis tuduhan tasahul Ibnu Hibban.
وقد نسب بعضهم التساهل إلى ابن حبان، وقالوا: هو واسع الخطو في باب التوثيق، يوثق كثيراً ممن يستحق الجرح. وهو قول ضعيف
“ Sebagian ulama menisbatkan tasahul kepada Ibnu Hibban, dan mengatakan, “ Ibnu Hibban terlalu luas melangkah di dalam bab taustiq, ia mentautsiq banyak perawi yang seharusnya dijarh “, ini adalah ucapan lemah “.[3]
Imam al-Laknawi justru melemahkan ucapan pendapat yang menisbatkan tasahul kepada Ibnu Hibban.

Jika kita mau mengkaji lebih dalam, maka kita akan mendapati kebenaran ucapan al-Laknawi, karena dalam muqaddimah kitab ast-Tsiqaat : 1/13, Ibnu Hibban telah menjelaskan bahwa ada dua jenis pentaustiqan beliau yaitu yang pertama, perawi yang para ulama berikhtilaf (berbeda pendapat) dalam jarh dan ta’dilnya, jika sahih menurut beliau, maka beliau memasukannya ke dalam tsiqatnya, jika tidak, maka beliau memasukkannya ke dalam kitab al-Majruhinnya atau kitab beliau lainnya.

Kedua, perawi yang tidak diketahu jarh dan ta’dilnya, akan tetapi guru dan muridnya (perawi darinya) adalah orang tsiqah dan tidak datang dengan hadits mungkar, maka dia dinilai tsiqah oleh Ibnu Hibban. Dan Ibnu Hibban tidak menyendiri dengan kaidahnya ini sebagaimana telah saya jelaskan sebelumnya. Maka menisbatkan tasahul secara muthlaq terhadap Ibnu Hibban adalah suatu kekeliruan, karena yang dituduh tasahul oleh ulama adalah jenis pentaustiqan beliau yang kedua, adapun jenis pentaustiqan beliau yang pertama, maka sama dengan pentaustiqan para imam hadits lainnya, tidak berbeda.

Adapun al-Hakim, maka para ulama hadits senantiasa menukil tautsiq al-Hakim dan berpegang dengannya, kitab-kitab ulama hadits penuh dengan penukilan tautisq al-Hakim. Karena beliua seorang imam hadits di masanya, dan memiliki pengetahuan luas tentang jarh dan ta’dil serta illat-illat hadits. Sampai-sampai imam ad-Daruquthni mendahulukannya daripada guru-gurunya yang lainnya. Al-Hafidz Abu Hatim al-Abdawi mengatakan :
وسمعت مشيختنا يقولون : كان الشيخ أبو بكر بن إسحاق ، وأبو الوليد النيسابوري يرجعان إلى أبي عبد الله الحاكم في السؤال عن الجرح والتعديل ، وعلل الحديث ، وصحيحه ، وسقيمه
“Aku mendengar guru-guruku berkata, “ Syaikh Abu Bakar bin Ishaq dan Abul Walid an-Naisaburi merujuk kepada Abu Abdillah al-Hakim di dalam pertanyaan tentang jarh dan ta’dil, illat hadits, sahih dan cacatnya “.

Para ulama hadits memang sepakat tentang sikap tasahul imam al-Hakim, di antaranya :

Al-Hafidz Ibnu Shalah, beliau mengatakan :
أنه واسع الخطو في شرط الصحيح متساهل في القضاء به».
“ Al-Hakim berluas dalam melangkah di dalam pensyaratan sahih, dan bermudah-mudahan di dalam memtuskan kesahihan “[4]

Imam an-Nawawi :
الحاكم متساهل كما سبق بيانه مرارا
“ al-Hakim orang yang mutasahil sebagaimana penjelasan terdahulu berulang-ulang “[5]

Adz-Dzahabi mengatakan :

يصحح في مستدركه أحاديث ساقطة ويكثر من ذلك
“ Menilai sahih di dalam kitab mustadraknya beberapa ahdits yang gugur dan banyak sekali “[6]

Akan tetapi sikap tasahul al-Hakim adalah hanya khusus pada kitab al-Mustadrak beliau saja dan tidak pada yang lainnya, karena di saat beliau menulis al-Mustadrak usia beliau sudah menginjak 70 tahun ke atas dan beliau tidak sempat mengkaji keseluruhannya karena telah didahului oleh ajal beliau. Sebagaimana disebutkan oleh al-Laknawi :

وكم من حديث حكم عليه الحاكم بالصحة وتعقبه الذهبي بكونه ضعيفا أو موضوعا: فلا يعتمد على المستدرك للحاكم ما لم يطالع معه مختصره للذهبي
“ Berapa banyak hadits yang dinilai sahih oleh al-Hakim lalu dikomentari oleh adz-Dzhahabi dengan dhaif atau maudhu’, maka tidak dipegang kitab al-Mustadrak al-Hakim semenjak tidak mempelajari bersamanya kitab mukhtahsahrnya karya adz-Dzahabi “[7]

Saya jawab:

i. Saya tidak professional? Atau anda yang mempunyai berakal sederhana laju? Saya menukilkan kalam Ibn Hajar di dua tempat dalam al-Nukat. Itu bukan pandangan saya, ia adalah pandangan Ibn Hajar terhadap Ibn Hibban. Adakah anda cuba untuk menyatakan Ibn Hajar tidak profesional? Amat biadap sekali! Apakah anda sudah menjadi wahabi sehingga tidak hormat kepada ulama ahli sunnah sehebat Ibn Hajar?!

ii. Ini kerana saya membincangkan metod Ibn Hibban dalam mensahihkan hadis tanpa melihat kepada illah (cacat) tersembunyi. Ia adalah hasil penelitian Ibn Hajar. Anda pula bawakan kalam al-Laknawi dalam isu pandangan Ibn Hibban dalam al-Jarh wa al-Ta'dil (menilai perawi). Apa kaitan antara keduanya? Saya berbincang dalam isu lain sedang anda pula terpekik-pekik di lembah yang lain. Saya cadangkan anda fahami betul-betul perbezaan antara keduanya. 

iii. Kemudian anda terlalu berbincang panjang tentang al-Hakim. Saya tidak pasti apa kaitannya kerana kita tidak berbincang tentang al-Hakim dalam artikel yang lepas. Mungkin anda bawakan nukilan-nukilan tentang al-Hakim sekadar untuk memnajangkan artikel ke 4 sahaja barangkali. Maafkan saya jika telahan saya salah.

5.  Shufiyyah berkata:

Dalam isu hadits menjelirkan lidah ini, di mana letak syadznya ?? ziyadah sanad oleh Muhammad bin ‘Amr dikuatkan dalam sahih Bukhari dalam isu hadits yang sama melalui jalur az-Zuhri meskipun lafadznya berbeda (antara mencium dan menjelirkan lidah) namun ia menjadi qarinah bagi hadits Muhammad bin ‘Amr ini.

Imam Bukhari meriwayatkan :

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

Riwayat ini melalui jalur az-Zuhri, dan ini menunjukkan makhraj haditsnya tidak hanya satu melainkan lebih dari satu. Meskipun matan hadits tidak menyebutkan nabi menjelirkan lidah, namun syahid ini semisal atau semakna dengan hadits menjelirkan lidah “. Bisa saja kemungkinan terjadi dua perkara tersebut, Nabi mencium dan Nabi menjelirkan lidah kepada Hasan. Ini tidaklah mustahil.

Saya jawab:

i. Ini lagi lucu. Sememangnya pertanyaan anda: "di mana syadznya?" menunjukkan jauhnya anda dari berinteraksi dengan kalam-kalam ulama 'ilal. 

ii. Tidakkah anda tahu bahawa ulama hadis menganggap apa sahaja pertambahan dalam riwayat yang mengubah hukum (samada pada sanad atau matan) maka ia dikira percanggahan yang perlu diselesaikan berdasarkan bukti dan petunjuk? Anda pula senang-senang nak kata ia semakna dan saling kuat-menguatkan. 

iii. Saya tidak pasti, mungkin saja dalam bahasa Indonesia tidak ada beza antara perkataan menjelirkan lidah dan mencium tetapi dalam bahasa Malaysia dan bahasa arab amat berbeza. Maka perbezaan ini perlu dirungkaikan.

6. Shufiyyah menyatakan lagi:

Hafidz Ibnu Hajar mengomentari hadits tersebut sebagai berikut :

 ووقع نحو ذلك لعيينة بن حصن، أخرجه أبو يعلى بسند رجاله ثقات إلى أبي هريرة قال: دخل عيينة بن حصن على رسول الله صلى الله عليه وسلم .ووقع في رواية الإسماعيلي عن هشام بن عروة عن أبيه قوله: “جاء أعرابي يحتمل أن يكون الأقرع بن حابس ويحتمل أن يكون قيس بن عاصم التميمي ثم السعدي… ويحتمل أن يكون وقع ذلك لجميعهم
“ Dan berlaku pula hal itu kepada Uyainah bin Hishn, dikeluarkan oleh Abu Ya’la dengan sanad yang tsiqah dari Abu Hurairah, ia berkata, “ Uyainah bin Hishn datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam “. Dan berlaku juga dalam riwayat al-Ismai’ili dari hisyam bin Urwah dari ayahnya. Ucapannya : “ Telah datang seorang pelosok desa “, dimungkinkan ia adalah al-Aqra’ bin Habis, dan dimungkinkan juga ia adalah Qais bin ‘Ashim at-Tamimi; as-Sa’di….(kemudian Ibn Hajar mengatakan), “ Dan dimungkinkan hal itu berlaku pula kepada semuanya…”[8]

Dari komentar al-Hafidz Ibnu Hajar dipahami bahwasanya boleh saja peristiwa itu berlaku kepada para sahabat yang telah disebutkan nama-namanya dalam riwayat sahih di atas dan hal ini tidaklah mustahil. Saya yakin anda akan membantah huraian ini, itu terpulang kepada anda, kami tetap meyakini hadits menjelirkan lidah adalah Hasan lighairihi bukan dhaif. Jika anda masih tetap mengatakan hadits ini dhaif, silahkan saja kerana itu haq anda. Terlebih anda mengakui amalan menjelirkan lidah ini boleh diamalkan kerana tidak termasuk dalam isu hukum hakam dan akidah. Dan sungguh sangat banyak hadits-hadits sahih yang tidak diabadikan oleh imam Bukhari dalam sahihnya, sebab beliau memang tidak menulis semua hadits sahih yang dihafalnya, boleh saja ada hadits-hadits mutaba’at dan syawahid yang tidak tertulis atau tercetak dalam satu buku hadits. tentunya al-Iraqi dan Ibnu Hibban menilai hadits ini maqbul sesuai metode yang mereka pegang. Wa Allahu A’lam.
 
Saya jawab:

i. Di mana Ibn Hajar mensabitkan Nabi sallallah alaih wasallam menjelirkan lidahnya kepada cucunya?

ii. Riwayat Abu Ya'la yang dimaksudkan oleh Ibn Hajar juga menyebutkan Nabi sallallah alaih wasallam mencium kedua cucunya. Bukan menjelirkan lidahnya. Ada beza antara kedua itu wahai ustazah penyelidik.

iii. Manakala pandangan Ibn Hajar yang menyatakan ia berlaku kepada Aqra' bin Habis dan 'Uyaynah bin Hisn bercanggah pula dengan pandangan al-Khatib al-Baghdadi. Beliau pula menganggapnya sebagai percanggahan. Rujuk artikel yang lepas untuk perbahasan lanjut.  

iv. Saya tidak menerima alasan "tidak mustahil" anda. Kerana saya juga mempunyai alasan tidak "mustahil" untuk ia tidak berlaku. 

iv. Alhamdulillah akhirnya anda sendiri akui bahawa isu ini isu khilaf. Dari awal lagi saya nyatakan bahawa pendirian saya bahawa isu ini bukanlah isu akidah yang perlu sehingga gabungan tenaga anda dan al-Katibi untuk menghentam saya. Saya sendiri nyatakan dalam artikel yang pertama saya bahawa walaupun hadis jeliran lidah ini tidak sabit dari Nabi sallallah alaih wasallam tetapi ia adalah perkara yang tidak dilarang untuk dilakukan. Tambahan pula jika dilakukan bertujuan untuk bergurau dengan kanak-kanak.

Wallahua'lam.

Monday 1 September 2014

Jawapan Kepada Shafiyyah al-Nuriyyah - Bahagian 3

Saya telah membaca tulisan saudari Shafiyyah al-Nuriyyah terhadap artikel kedua saya. Alhamdulillah saya dapat merasakan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hujah untuk membalas hujah saya. Maka beliau terpaksa berpusing-pusing pada hujah yang sama walaupun saya telah menjawab hujah tersebut. Maka atas dasar amanah ilmu saya jawab artikel terbaru beliau seperti berikut:

1. Kata Shafiyyah al-Nuriyyah:
"Hadits Nabi menjelirkan lidah telah dinilai hasan oleh al Hafidz al Iraqi dan dinilai sahih oleh al Imam Ibnu Hibban dalam sahihnya. Cukup kedua ulama ini menjadi pegangan kami dalam penilaian tashih, tahsin dan tadh’if h hadits dalam isu ini".

Saya jawab:
i. Jika saudari Shafiyyah mengaku bahawa beliau hanya pentaqlid dalam isu ini, maka selesailah masalah kita. Ini kerana sifat pentaqlid itu hanya mengikut tanpa bertanyakan dalil dan bukti. Tetapi dalam artikel yang lepas saudari seolah-olah ingin menjadi PENGKAJI dalam ilmu hadis.
ii. Namun jika dengan nukilan di atas saudari Shafiyyah mahu menyatakan bahawa pandangan beliau mempunyai sandaran ulama, saya juga ingin nyatakan bahawa pandangan saya juga mempunyai sandaran. Kalam imam Ahmad bin Hanbal dan kalam Yahya bin Maien dalam isu ini langsung disentuh oleh saudari Shafiyyah dalam 2 artikel sebelum ini. Saya bawa sekali lagi kalam kedua-dua tokoh 'Ilal hadith ini untuk kita sama-sama nilai:
a. Imam Ahmad:
 كان محمد بن عمرو يحدث بأحاديث فيرسلها، ويسندها لأقوام آخرين. قال: وهو مضطرب الحديث، والعلاء أحب إلي منه.
Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr membaca hadis secara mursal, dan membacanya secara musnad (mausul) pula pada orang-orang lain. Beliau seorang mudtarib al-Hadith (perawi yang keliru) dan al-'Ala' lebih aku sukai daripadanya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 1, hlm 403)
b. Yahya bin Maien:
كان محمد بن عمرو يحدث مرة عن أبي سلمة بالشيء رأيه ، ثم يحدث به مرة أخرى عن أبي سلمة عن أبي هريرة.

Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr kadang-kadang membaca hadis dari Abu Salamah dengan menyandarkannya kepada pandangannya (iaitu secara mauquf tanpa disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam) dan kadang-kadang beliau membaca hadis yang sama dari Abu Salamah dari Abu Hurairah (iaitu menambah nama Abu Hurairah dalam sanad). (Tarikh Ibn Abi Khaithamah, jld. 4, hlm. 322)
Saya ingin bertanya mengapa anda tidak ulas dua kalam ini? Adakah kerana ia tidak menyokong pernyataan anda?
iii. Berkenaan dengan pensahihan Ibn Hibban terhadap hadis ini, saya katakan bahawa sebahagian ulama hadis semisal Ibn Hibban dan al-Hakim adalah ulama yang bermudah-mudah dalam mensahihkan hadis. Ibn Hibban juga tidak memandang 'illah (kecacatan) tersembunyi ketika mensahihkan hadis. Berikut komentar beberapa ulama hadis terhadap Ibn Hibban:
a. Ibn Hajar al-Asqalani:
Ibn Hajar mengkritik metodologi Ibn Hibban dalam pensahihan hadis di dua tempat:
Pertama (Lihat: Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 1, hlm 290):
فلم يلتزم ابن خزيمة وابن حبان في كتابيهما أن يخرجا الصحيح الذي اجتمعت فيه الشروط التي ذكرها المؤلف، لأنهما ممن لا يرى التفرقة بين الصحيح والحسن، بل عندهما أن الحسن قسم من الصحيح لا قسيمه. وقد صرح ابن حبان بشرطه. وحاصله: أن يكون راوي الحديث عدلا مشهورا بالطلب غير مدلس سمع ممن فوقه إلى أن ينتهي. فإن كان يروي من حفظه فليكن عالما بما يحيل المعاني فلم يشترط على الاتصال والعدالة ما اشترطه المؤلف في الصحيح من وجود الضبط ومن عدم الشذوذ والعلة.
Maksudnya: Ibn Khuzaimah dan IBN HIBBAN tidak melazimi dalam kitab mereka untuk mengeluarkan (hadis) sahih yang terkandung padanya syarat-syarat yang disebutkan oleh penulis (Ibn al-Solah). Kerana mereka berdua tidak membezakan antara (hadis) sahih dan hasan bahkan (hadis) hasan satu satu bahagian dari (hadis) sahih bukan bahagian yang lain. Ibn Hibban menjelaskan syarat (hadis sahih) nya yang hasilnya ialah:
Perawi hadis mestilah adil masyhur sebagai penuntut (ilmu hadis), bukan mudallis, mendengar dari syeikhnya sehingga ke akhir (sanad).
Jika dia meriwayatkan dari ingatannya, hendaklah dia mengetahui perkataan yang mengubah makna. 
(Komentar Ibn Hajar) Ibn Hibban tidak mensyaratkan selain syarat bersambungnya sanad dan adil apa yang disyaratkan oleh penulis (Ibn al-Solah) iaitu wujudnya sifat al-Dhabt (kekuatan ingatan) dan tidak ada sifat syaz (ganjil) dan al-'Illah (kecacatan tersembunyi). 
Kedua (Lihat: Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 2, hlm 688):
وجزم ابن حبان والحاكم وغيرهما بقبول زيادة الثقة مطلقا في سائر الأحوال سواء اتحد المجلس أو تعدد، سواء أكثر الساكتون أو تساووا.  
وهذا قول جماعة من أئمة الفقه والأصول، وجرى على هذا الشيخ محيى الدين النووي في "مصنفاته".
وفيه نظر كثير؛ لأنه يرد عليهم الحديث الذي يتحد مخرجه فيرويه جماعة من الحفاظ الأثبات على وجه، ويريه ثقة دونهم في الضبط والإتقان على وجه (يشمل على زيادة) تخالف ما رووه إما في المتن وإما في الإسناد، فكيف تقبل زيادته وقد خالفه من لا يغفل مثلهم عنها لحفظهم أو لكثرتهم
Maksudnya: Ibn Hibban, al-Hakim dan selain mereka memutuskan penerimaan pertambahan perawi tsiqah (dalam hadis) secara mutlak dalam semua keadaan samada majlis (pembacaan hadis) itu sekali atau berbilang, samada yang diam (dari menambah apa-apa dalam hadis) itu lebih ramai (dari perawi yang menambah) atau sama bilangannya.
Ini adalah pandangan sebilangan dari ULAMA FIQH DAN USUL. Dan Imam Muhyiddin al-Nawawi berjalan atas pandangan ini dalam kitab-kitabnya.
DAN PADA PANDANGAN INI PENELITIAN (KRITIKAN) YANG BANYAK kerana telah menolak (pandangan) mereka hadis yang diriwayatkan dengan satu jalur, sebilangan huffaz yang kuat ingatan meriwayatkan secara satu cara dan seorang tsiqah yang ingatannya dan ketekunannnya tidak sekuat mereka meriwayatkan dengan satu cara yang lain dengan tambahan yang bercanggah dari apa  yang mereka riwayatkan samada pada matan atau PADA SANAD. Bagaimana pula tambahannya diterima sedangkan orang yang tidak mungkin leka dengan tambahan itu kerana hafalan mereka (yang kuat) dan bilangan mereka yang ramai telah menyanggahi riwayatnya?   
Ibn Hajar menyatakan pula metodologi muhaddithin:
والذي يجري على قواعد المحدثين أنهم لا يحكمون عليه بحكم مستقل من القبول والرد، بل يرجحون بالقرائن كما قدمناه في مسألة تعارض الوصل والإرسال.
Maksudnya: Pandangan yang berjalan DI ATAS KAEDAH MUHADDITHIN IALAH MEREKA TIDAK MENGHUKUM APA-APA TAMBAHAN DENGAN HUKUM YANG TERSENDIRI (UMUM) SAMADA MENERIMA ATAU MENOLAK. BAHKAN MEREKA MENDAHULUKAN (MANA-MANA RIWAYAT) DENGAN PETUNJUK/BUKTI SEPERTI MANA YANG KITA BINCANGKAN SEBELUM INI DALAM ISU PERCANGGAHAN MAUSUL DAN MURSAL. (Lihat:  Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 2, hlm 688)
b. syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah:
ومن أصحاب الصحاح الذي لم يشترطوا نفي الشذوذ والعلة في الحديث الصحيح : الحافظ ابن حبان وشيخه ابن خزيمة رحمهما الله تعالى
Maksudnya: Di antara penulis kitab sahih yang tidak meletakkan syarat ternafinya sifat syaz (ganjil) dan 'illah (cacat) pada hadis sahih ialah al-Hafiz Ibn Hibban dan syeikhnya Ibn Khuzaimah -moga Allah rahmati mereka-.
iv. Jika saudari Shufiyyah menyatakan beliau mengikut metodologi fuqaha' dan ulama usul dalam isu ini maka saya nukilkan kalam al-'Alaie (seperti yang dinukilkan oleh Ibn Hajar) supaya saudari Shufiyyah boleh menjawabnya:
فالذي يسلكه كثير من أهل الحديث بل غالبهم جعل ذلك علة مانعة من الحكم بصحة الحديث مطلقا، فيرجعون إلى الترجيح لإحدى الروايتين على الأخرى، فمتى اعتضدت إحدى الطريقين بشيء من وجوه الترجيح حكموا لها و إلا توقفوا عن الحديث وعللوه بذلك...وأما أئمة الفقه والأصول ، فإنهم جعلوا إسناد الحديث ورفعه كالزيادة في متنه (يعني كما تقدم تفصيله عنهم)
ويلزم على ذلك قبول الحديث الشاذ كما تقدم.
Maksudnya: Pandangan yang dilalui oleh ramai daripada Ahli Hadis bahkan majoriti mereka ialah menjadikan ia (percanggahan tambahan pada sanad dan matan) sebagai kecacatan yang menghalang untuk dihukum (sesuatu hadis) sebagai sahih secara mutlak. Mereka kembali kepada proses tarjih salah satu dari riwayat itu ke atas riwayat yang lainnya. Maka bila saja salah satu jalur darinya dikuatkan dengan salah satu dari wajah tarjih mereka akan memilihnya dan jika tidak mereka akan bertawaqquf (meninggalkan keduanya) dan mencacatkan hadis itu kerana percanggahan...adapun ulama fiqh dan usul mereka menjadikan periwayatan hadis secara mausul (yang bercanggah dengan mursal) dan menjadikannya marfu' (menyandarkannya kepada Nabi sallallah alaih wasallam yang bercanggah dengan riwayat lain yang menjadikannya kalam sahabat) seperti tambahan pada matannya (iaitu seperti yang telah berlalu penjelasannya). Maka wajib bagi mereka kerana memilih pandangan ini menerima hadis syaz (ganjil) seperti yang telah berlalu. (Lihat:   Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 2, hlm 712)
Maka adakah saudari Shufiyyah bersedia mensahihkan hadis syaz?

2. Saudari Shufiyyah menyatakan lagi:

"Riwayat Muhamamd bin ‘Amr yang dipermasalahkan ini sebenarnya memiliki mutaba’ah sahih sebagai berikut, imam Bukhari meriwayatkan :


حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
Riwayat ini melalui jalur az-Zuhri, dan ini menunjukkan makhraj haditsnya tidak hanya satu melainkan lebih dari satu. Meskipun matan hadits tidak menyebutkan nabi menjelirkan lidah, namun syahid ini semisal atau semakna dengan hadits menjelirkan lidah “. Bisa saja kemungkinan terjadi dua perkara tersebut, Nabi mencium dan Nabi menjelirkan lidah kepada Hasan. Ini tidaklah mustahil."
Saya jawab:
i. Saya sebenarnya sudh lama menjumpai hadis al-Zuhri ini. Tetapi saya sengaja tidak mahu menyebutnya dalam artikel yang lepas kerana saya beranggapan hadis ini pasti akan digunakan oleh penyelidik ARG ini. Ternyata benar sangkaan saya. Sememangnya penyelidik ini menyatakan hadis ini setelah tidak ada bukti lain yang menyokong dakwaannya.
ii. Tidakkah saudari tahu bahawa sebenarnya hadis ini menjadikan hadis Muhammad bin 'Amr menjadi lebih daif? Apa buktinya? Saya nyatakan seperti berikut:
a. Di mana dalam hadis ini yang menyatakan Nabi sallallah alaih wasallam menjelirkan lidahnya kepada Hasan atau Husain? Hadis ini menyatakan bahawa baginda mencium Hasan. Ini membuktikan Muhammad bin 'Amr tidak mengingati betul hadis ini.
b. al-Zuhri menyebut bahawa kisah ini antara Nabi sallallah alaih wasallam dengan al-Aqra' bin Habis. Sebaliknya Muhammad bin 'Amr menyatakan bahawa kisah ini berlaku antara Nabi dan 'Uyaynah bin Hisn. al-Khatib al-Baghdadi menjadikan dua hadis ini sebagai percanggahan. (Lihat: al-Khatib al-Baghdadi, al-Asma' al-Mubahamah, jld. 2, hlm. 406)
c. Alasan "tidaklah mustahil" tidak menjadi hujah kerana saya juga bisa saja untuk katakan ia juga TIDAK MUSTAHIL UNTUK NABI SALLALLAH ALAIH WASALLAM UNTUK TIDAK MENJELIRKAN LIDAHNYA.
d. Apakah cukup bagi saudari untuk menggunakan sangkaan "tidak mustahil untuk berlaku" untuk menyandarkan sesuatu kepada Nabi sallallah alaih wasallam?
iii. Maka saya katakan dengan hadis al-Zuhri ini kita boleh buat kesimpulan salah 1 antara 2:
a. Kisah ini berlaku sekali dan Muhammad bin 'Amr tersilap dalam menyebut menjelir dan tertukar nama al-Aqra' kepada 'Uyaynah. 
b. Kisah ini berlaku 2 kali, tetapi Muhammad bin 'Amr telah melakukan dukhul hadith fi hadith (memasukkan dua hadis dalam satu) kerana persamaan dari sudut kisah dan sanad. Lalu disandarkan kisah ini kepada Abu Hurairah sedangkan riwayat yang sebenar bag hadisnya adalah mursal.
Pilih salah satu darinya wahai ustazah penyelidik.

3. Shufiyyah menyatakan lagi:
"Kerana melihat Muhammad bin ‘Amr ini banyak ulama yang mentaustiqnya, meskipun ada sebagian ulama yang menjarhnya. Perawi semacam ini menurut jumhur ulama haditsnya dianggap hasan bukan dhaif, sebagaimana penilaian adz-Dzahabi kepada beliau :
وحديثه في عداد الحسن
“ Haditsnya dianggap hasan “[1]
Para ulama yang mantautsiq beliau secara muthlaq adalah sebagai berikut :
قال ابن المبارك : لم يكن به بأس. وقال ابن المديني : ثقة ، وكان يحيى بن سعيد يضعفه بعض الضعف. وقال أحمد بن مريم،  عن ابن معين : ثقة. وقال النسائي : ليس به بأس. وقال في موضع آخر : ثقة. وقال ابن شاهين : ثقة .وثقه ابن حبان وقال : كان يخطئ . قال الذهبي في الميزان : شيخ مشهور حسن الحديث. وقال في السير : حديثه في عداد الحسن.
Para ulama yang mempermasalahkan dari segi hafalannya adalah :
قال علي بن المديني : سمعت يحيى بن سعيد القطان – وسئل عن سهيل بن أبي صالح ، ومحمد ابن عمرو بن علقمة – فقال : محمد بن عمرو أعلى منه. وقال علي : قلت ليحيى : محمد بن عمرو كيف هو ؟ قال : تريد العفو أو تشدد ؟ قلت : لا بل أشدد ، قال : ليس هو ممن تريد ، وكان يقول : حدثنا أشياخنا أبو سلمه ، ويحيى بن عبد الرحمن بن حاطب. قال يحيى : وسألت مالكاً عن محمد ابن عمرو ، فقال فيه نحواً مما قلت لك.
وقال إسحاق بن حكيم : قال يحيى القطان : و أما محمد بن عمرو فرجل صالح ليس بأ حفظ الناس للحديث.
وقال ابن سعد : كان كثير الحديث ، يستضعف.
واختلف فيه قول ابن معين ، ووثقه كما سبق ، وقال أبو بكر بن أبي خيثمه : سئل يحيى بن معين عن محمد بن عمرو ، فقال : مازال الناس يتقون حديثه. قيل له: وما علة ذلك ؟ قال : كان يحدث مرة عن أبي سلمه بالشيء من رأيه ، ثم يحدث به مرة أخرى عن أبي سلمه ، عن أبي هريرة.
وقال ابن معين أيضا ابن عجلان أوثق من محمد بن عمرو ومحمد بن عمرو أحب إلي من محمد بن إسحاق.
قال إبراهيم بن يعقوب الجور جاني : ليس بقوي الحديث ويُشْتَهى حديثه.
وقال يعقوب بن شيبة هو وسط ، وإلى الضعف ما هو.

Kesimpulan saya (shafiyyah) :
Muhammad bin ‘Amr ini shaduq, akan tetapi hafalannya sedikit kacau. Namun beliau tidak diikutkan dalam derajat perawi lemah (dhu’afaa). Beliau tengah-tengah antara perawi sahih dan perawi lemah".

Saya jawab:
i. Saya keliru dengan nukilan beliau ini. Bukankah saya sudah jawab isu ini dalam artikel yang lepas. Ataupun beliau tidak faham apa yang saya jelaskan?
ii. Penilaian tausiq secara mutlak perlu disesuaikan dengan kritikan ulama pada ingatannya secara khusus. Tambahan pula imam Ahmad mengkritik beliau kerana selalu terlupa hingga meriwayatkan hadis mursal secara mausul. Adakah saudari Shufiyyah hendak melupakan kalam Imam Ahmad dan Yahya bin Maein dalam kritikan mereka kepada Muhammad bin 'Amr? Adakah ini yang dinamakan penyelidik?

4. Shufiyyah menyatakan lagi:

"Dan kalimat yukhti’ itu bukan berarti tidak tsiqah, oleh sebab itu Ibnu Hibban menilai hadits menjelirkan lidah ini hadits sahih, meskipun beliau menilai Muhamamd bin ‘Amr itu KAANA YUKHTHI’.[2] Dan bahkan beliau pun memasukkan Muhammad bin ‘Amr ini ke dalam ats- Tsiqaatnya.
Dan ini menunjukkan bahwa perbedaan penyebutan nama dalam matan Hasan atau Husain tidaklah bermasalah bagi beliau, nyatanya beliau mensahihkan hadits tersebut dalam sahihnya".

Saya jawab:
i. Ini juga satu keajaiban bagi saya. Tidakkah saudari tahu bahawa sifat benar (soduq) sahaja tidak cukup untuk menilai hadis seorang perawi sebagai hasan?
ii. Adakah dengan sifat benar ini kita perlu untuk menilai benar semua kesilapannya? Apakah kesilapan boleh dinilai betul? Bagaimana penyelidik boleh keliru sampai begini sekali?
iii. Adapun pensahihan Ibn Hibban saya telah pun jawab sebelum ini. Beliau adalah muhaddith yang bermudah-mudah dalam mensahihkan hadis sehingga tidak melihat kepada 'illah (cacat tersembunyi) dan syaz (ganjil).

5. Saudari Shufiyyah menjelaskan lagi:

"Salah besar jika kamu memuthlakan kalimat Abu Hatim “ Shalihul Hadits “, adalah bukan menjadi hujjah. Memang terkadang beliau ketika mengucapkan kalimat itu, maksudnya adalah hadits itu baik untuk dijadikan i’tibar dalam syawahid dan mutaba’at dan tidak dijadikan hujjah ketika menyendiri. Namun tidak benar jika memuthlakkannya, kerana terkadang beliau juga bermaksud baik haditsnya untuk dijadikan hujjah walaupun infirad seperti contoh perawi Shalih as-Samman yang disebut oleh beliau :
صالح الحديث، يُحتجُّ بحديثه

“ Shalihul hadits dan dijadikan hujjah haditsnya “
Juga Ibn Suhaim at-Tamimi yang terkadang disebut oleh beliau sebagai Shalihul Hadits tapi di lain tempat beliau disebut tsiqah oleh Abu Hatim. Semua ini bergantung dengan qarinah-qarinah yang ada. Dalam Isu Muhammad bin ‘Amr ada banyak qarinah di antaranya para ulama banyak mentautsiqnya meskipun ada juga yang mendhaifkannya. Beliau meniai kalimat Shalihul Hadits sebagai lafadz ta’dil dan ini diikuti oleh imam as-Suyuthi. Adapun jawaban Abu Hatim atas anaknya Abdurrahman tentang pertanyaannya shalihul hadits namun dijawab oleh ayahnya itu dengan “ wa lakun huwa shalihul hadits “, maka ini jelas menunjukkan lafaz shalih adalah di bawah lafadz laa ba-sa bih. Bukan berarti tidak boleh dijadikan hujjah. Bahkan al-Mizzi mengakui bahwa sebagian ulama menjadikannya hujjah :
روى له البخاري مقرونا بغيره ، ومسلم في المتابعات ، واحتج به الباقون

“ Imam Bukhari meriwayatkan darinya secara bersamaan dengan riwayat lainnya, dan Muslim di dalam mutaba’at, dan sebagian ulama menjadikannya hujah “.[3]

Saya jawab:
i. Saya menukilkan kalam anak Abu Hatim sendiri iaitu Ibn Abi Hatim dalam memaknakan lafaz Salih al-Hadith. Jika kamu menuduh saya melakukan salah besar maka kesalahan itu bukan kesalahan saya sebaliknya kesalahan Ibn Abi Hatim. Adakah anda lebih mengenali Abu Hatim berbanding anaknya sendiri?
ii. Masalah anda ialah anda cuba untuk mengambil status perawi yang umum untuk menilai benar hadisnya. Ia silap bagi pandangan saya. Ini kerana status umum bagi perawi berbeza dari kita menilai hadisnya secara khusus. Sebagai contoh, Ma'mar bin Rasyid seorang yang tsiqah dan hadisnya diterima. Tetapi tidak bermakna semua hadisnya sahih khususnya yang terbukti beliau tersilap dalam riwayatnya seperti riwayatnya dari orang-orang Basrah.
iii. Saya bawakan kalam Ibn Abi Hatim dan al-Zahabi dalam memaknakan Salih al-Hadith bukan untuk memutlakkan semata. Tetapi untuk bagi anda tahu bahawa anda tersalah faham maksud kalam al-Zahabi. Anda meletakkan kalam al-Zahabi bukan pada tempatnya semata-mata untuk mentsiqahkan Muhammad bin 'Amr. Seperti mana nasihat anda kepada saya jangan mutlakkan salih al-Hadith sebagai perawi yang hadisnya bukan hujah, saya juga ingin pulangkan nasihat itu kepada kamu semula bahawa jangan juga mutlakkan istilah salih al-hadith sebagai hadisnya menjadi hujah.
iv. Sepatutnya apabila kita berjumpa isu sebegini maka kita sebagai penuntut ilmu harus menyelesaikan percanggahan ini dengan mengharmonikannya. Kaedah umum bagi istilah Salih al-Hadith bagi Abu Hatim ialah hadisnya diriwayatkan sebagai i'tibar seperti yang dijelaskan oleh Ibn Abi Hatim. Namun, jika ada petunjuk bahawa Abu Hatim berhujah dengan hadis perawi yang digelarkan sebagai Salih al-Hadith maka ia dikecualikan dari kaedah umum. Mudah bukan? Jadi berbalik kepada isu Muhammad bin 'Amr ini. Di mana Abu Hatim berkata beliau berhujah dengan hadisnya secara mutlak? Saya menjumpai sebaliknya. Lihat nukilan dari Ibn Abi Hatim berikut:
وسألت أبي عن حديث ؛ رواه محمد بن إسحاق ، عن الحارث بن عبد الرحيم بن أبي ذباب ، عن أبي سلمة ، عن عائشة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم.
أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا. ورواه محمد بن عمرو ، عن أبي سلمة ، عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم. قال أبي : حديث الحارث أشبه ، ومحمد بن عمرو لزم الطريق.
Maksudnya: Saya (Ibn Abi Hatim) bertanya ayah saya (Abu Hatim) tentang hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishaq dari al-Harith bin Abdul Rahim bin Abi Zubab dari Abu Salamah dari Aisyah dari Nabi sallallah alaih wasallam: Iman Mukminin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknnya.
Dan Muhammad bin 'Amr meriwayatkan dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi sallallah alaih wasallam.
Kata Abu Hatim: Hadith al-Harith lebih hampir (kepada kebenaran) dan MUHAMMAD BIN 'AMR melakukan luzum al-Tariq (Luzum al-Tariq ialah Suluk al-Jadah).(Lihat: Ibn Abi Hatim, Ilal al-Hadith, jld. 2, hlm. 267)

Saya tahu terdapat beberapa muhaddithin seperti al-Baihaqi menilai benar kedua-dua jalur ini. Ini kerana Muhammad bin 'Amr tidak bersendiri dalam riwayat ini. Sebaliknya Abu Salih juga meriwayatkan dari jalur Abu Hurairah. Cuma saya ingin nyatakan bahawa Abu Hatim jga mengkritik riwayat Muhammad bin 'Amr yang padanya nampak salah. Lihat nukilan berikutnya:
وسألت أبي عن حديث ؛ رواه محمد بن أبي عدي ، عن محمد بن  عمرو ، عن ابن شهاب الزهري ، عن عروة ، عن فاطمة ، أن النبي قال لها : إذا رأيت الدم الأسود فأمسكي عن الصلاة ، وإذا كان الأحمر فتوضئي. فقال أبي : لم يتابع محمد بن عمرو على هذه الرواية ، وهو منكر.
Maksudnya: Saya (Ibn Abi Hatim) bertanya ayah saya tentang hadis yang diriwayatkan Muhammad bin Abi Adiyy dari Muhammad bin 'Amr dari Ibn Syihab al-Zuhri dari Urwah dari Aisyah: Sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam bersabda kepadanya: Apabila kamu melihat darah hitam maka berhentilah dari solat, apabila (nampak) darah merah maka berwuduklah.
Kata Abu Hatim: Muhammad bin 'Amr tidak mempunyai mutabaat dalam riwayat ini, ia munkar. (Lihat: Ibn Abi Hatim, Ilal al-Hadith, jld. 1, hlm. 50)
Lihat pula nukilan berikut:
وسألت أبي ، وأبا زرعة ، عن حديث ؛ رواه محمد بن عمرو ، عن أبي سلمة ، عن أبي هريرة ، أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب بالحزورة ، فقال : إنك أحب أرض الله إلي ، ولولا أني أخرجت ما خرجت منه.
فقالا : هذا خطأ ، وهم فيه محمد بن عمرو.

ورواه الزهري ، عن أبي سلمة ، عن عبد الله بن عدي بن الحمراء ، عن النبي صلى الله عليه وسلم ، وهو الصحيح.
Maksudnya: Saya (Ibn Abi Hatim) bertanya ayah saya dan Abu Zur'ah tentang hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin 'Amr dari Abu Salamah dari Abu Hurairah sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam berkhutbah di Hazwarah (satu pasar di Mekah) seraya berkata: Sesungguhnya engkau adalah bumi yang paling dicintai di sisi Allah. Jika tidak kerana aku dikeluarkan aku tidak akan keluar darimu.
Mereka berdua (Abu Hatim dan Abu Zur'ah) berkata: Hadis ini silap. Telah tersilap Muhammad bin 'Amr. al-Zuhri telah meriwayatkannya dari Abu Salamah dari Abdullah bin Adiy bin al-Hamra' dari Nabi sallallah alaih wasallam dan ia adalah yang sahih. (Lihat: , Ilal al-Hadith, jld. 1, hlm. 280)

Dalam semua nukilan ini, cuba jelaskan kepada saya mengapa Abu Hatim menghukum daif hadis-hadis Muhammad bin 'Amr? Jika benar beliau menyatakan Muhammad bin 'Amr adalah perawi yang kukuh ingatannya, mengapa dalam nukilan-nukilan ini beliau memilih riwayat lain? Kerana jelas bahawa Muhammad bin 'Amr dalam ketiga-tiga hadis ini tidak dapat mengingati dengan baik hadisnya.
v. Manakala saranan anda untuk kita mencari bukti dan petunjuk bagi menilai kedudukan hadisnya saya bersetuju. Namun di mana buktinya dalam hadis ini bahawa Muhammad bin 'Amr tidak melakukan kesilapan? Saya letih menunggu dalam 3 artikel dari pihak anda tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang sokongan terhadap hadis ini.
vi. Manakala kalam anda: 
"Bahkan al-Mizzi mengakui bahwa sebagian ulama menjadikannya hujjah :
روى له البخاري مقرونا بغيره ، ومسلم في المتابعات ، واحتج به الباقون

“ Imam Bukhari meriwayatkan darinya secara bersamaan dengan riwayat lainnya, dan Muslim di dalam mutaba’at, dan sebagian ulama menjadikannya hujah “
Saya jawab seperti berikut:
i. Itulah kekeliruan anda. Anda bercakap tentang status Muhammad bin 'Amr secara umum. Saya pula menilai adakah Muhammad bin 'Amr benar-benar mengingati hadis jeliran lidah ini. Sudah saya jelaskan tadi bahawa status umum beliau sebagai soduq (benar) tidak menjadikan kesilapannya sebagai betul. Silap tetap silap!
ii. Manakala riwayat Bukhari hadis Muhammad bin 'Amr secara maqrun (digabung dengan riwayat orang lain) dan Muslim dalam mutabaat juga tidak membantu hujah anda wahai ustazah. Adakah anda tidak tahu bahawa antara metodologi al-Bukhari ialah al-Intiqa'al-Intiqa' bermaksud memilih iaitu imam al-Bukhari dan Muslim memilih riwayat dari perawi daif ringan yang mereka pasti setelah melakukan penelitian bahawa perawi-perawi tersebut tidak tersilap dalam hadis mereka. Ambil contoh Ismail bin Abu Uwais. Beliau daif tetapi imam al-Bukhari meriwayatkan dari secara maqrun dalam sahihnya selepas mendapati beliau tidak tersilap dalam riwayat itu. (Lihat: Ibn al-Mulaqqin, al-Muqni', hlm. 248, al-Judai', Tahrir Ulum al-Hadith, jld. 3, hlm. 127)
iii. Begitu juga perawi yang al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis mereka secara mutabaat. Penuntut ilmu hadis perlu tahu bahawa syarat hadis mutabaat tidak setinggi syarat hadis usul. Bahkan diakui oleh Ibn Hajar bahawa perawi mutabaat ini ada yang daif tetapi Bukhari dan Muslim riwayatkan hadis mereka selepas mendapati mereka mengingati hadis mereka dengan baik. (Lihat: Ibn ajar, al-Nukat, jld. 1, hlm. 287-288)
iii. Walaupun al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari mereka, ia tidak menjadikan semua hadis mereka itu sahih secara mutlak. Lihat apa kata Abu Bakar al-Kafi setelah meneliti metodologi al-Bukhari dalam thesisnya:
وهذا المنهج يعرف بمنهج الانتقاء من أحاديث الضعفاء، أي أن حديث الضعيف لا يرد جملة ولا يقبل جملة. وإنما يقبل ما صح من حديثه فقط. كما أن الثقة لا تقبل أحاديثه مطلقاً فيقبل ما أصاب فيه ويرد ما أخطأ فيه.
Maksudnya: Inilah yang dinamakan dengan metodologi al-Intiqa' dari hadis-hadis perawi daif. Iaitu hadis perawi daif tidak ditolak kesemuanya dan tidak diterima semuanya. Yang diterima apa yang sahih daripadanya sahaja. Seperti mana perawi tsiqah tidak diterima hadis-hadisnya secara mutlak. Yang diterima apa yang betul dalam riwayatnya dan ditolak apa yang silap. (Lihat: Abu Bakar al-Kafi, Manhaj al-Bukhari, hlm. 144)
Maka saya katakan bahawa: ya, Muhammad bin 'Amr soduq dan ada kesilapan. Maka kita tolak kesilapannya dan kita terima riwayatnya yang tidak silap.
iv. Manakala kalam al-Mizzi (alhamdulillah tidak ada lagi menyebut namanya al-Mazi seperti dalam artikel yang lepas-lepas): "sebagian ulama menjadikannya hujah" juga tidak membantu saudari Shufiyyah. Dan ia bukan titik perbincangan kita. Di mana dalam nukilan ini menunjukkan mereka menerima dan berhujah menggunakan riwayat Muhammad bin 'Amr yang silap? Nukilan saya dari al-Daraqutni (dalam artikel yang lepas) dan dari Abu Hatim membuktikan bahawa mereka menolak riwayat Muhammad bin 'Amr yang silap dan menerima riwayat yang betul. Maka riwayat yang betul dari Muhammad bin 'Amr dalam hadis jeliran lidah ini ialah riwayat yang mursal.

Kesimpulan



Nasihat saya kepada saudari Shufiyyah supaya belajarlah ilmu 'ilal hadith dan belajar juga dari orang lain walaupun dari orang yang kamu anggap musuh dan jahil kerana kadang-kadang orang yang andda anggap jahil pandai dalam bidang yang kamu jahil tentangnya. Wallahua'lam.